Kelantan darul Naim
masih ingat tokoh pejuang bangsa?
disini lah tapak dimana tokoh negara kita disiksa oleh pengganas2 dulu kala..
Tok Janggut or Haji Mohd Hassan bin Munas
Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan
yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah.
Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa
menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhak.
Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih.
Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari.
Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka) gambar di atas
.Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya.
Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.
selanjutnya
disini ... n ada gambar